Saturday, February 21, 2009

Fardu Wuduk

  1. Niat. Berniat di dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.
  2. Membasuh muka. Iaitu mulai dari sekeliling tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
  3. Membasuh kedua belah tangan. Iaitu dari hujung jari hingga ke siku.
  4. Menyapu/mengusap sebahagian kepala. Sekiranya rambutnya panjang, maka tidak sah kalau hanya mengusap rambut yang berlebihan dari batas kepala. Jika tidak mempunyai rambut sekalipun hendaklah mengusap juga sebahagian dari kepala.
  5. Membasuh kedua belah kaki. Iaitu dari hujung jari hingga buku lali termasuk celah-celah jari.
  6. Tertib. Iaitu secara berturut-turut.

.

Sumber: Sayed Mahazan S. D. (2008) Panduan Belajar Sembahyang - Lelaki. Johor Bahru: S.A.Al Habshee Sdn. Bhd.