Saturday, February 21, 2009

Cara Berwuduk

  1. Membasuh kedua belah tangan sambil membaca: Bismillah hir Rahman Nir Rohim [Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang].
  2. Berkumur-kumur sebanyak 3 kali.
  3. Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak 3 kali.
  4. Membasuh muka sebanyak 3 kali sambil berniat di dalam hati untuk mengambil wuduk seperti niat berikut: Nawaitu Raf 'Al hadhasil 'Asrhari Lillah hi ta'ala [Sahaja aku bersuci dari hadas kecil kerana Allah Taala].
  5. Membasuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke siku sebanyak 3 kali.
  6. Membasuh tangan kiri dari hujung jari hingga ke siku 3 kali.
  7. Menyapu sebahagian daripada rambut sebanyak 3 kali dengan tapak tangan kanan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  8. Menyapu kedua belah telingan sebanyak 3 kali.
  9. Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga buku lali termasuk celah-celah jari 3 kali.
  10. Membasuh kaki kiri dari hujung jari hingga buku lali termasuk celah-celah jari 3 kali.
  11. Membaca doa sesudah wuduk.

Sumber: Sayed Mahazan S. D. (2008) Panduan Belajar Sembahyang - Lelaki. Johor Bahru: S.A.Al Habshee Sdn. Bhd.

.