Tuesday, March 3, 2009

Sapu yang Menghilangkan Kesan Najis

Cara ini dapat membersihkan benda-benda yang licin seperti mata pedang, cermin, barang kaca, bekas yang diminyakkan, kuku, tulang, permukaan barangan perak dan lain-lain kerana semua barang itu tidak diserapi najis. Najis yang terdapat di permukaan barang-barang ini dapat dihapuskan dengan cara menyapu. Telah disabit bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w. membunuh orang kafir dengan pedang-pedang mereka. Mereka menyapunya dan bersembahyang dengannya.
.
Berdasarkan perkara ini, maka memadai menyapu pada tempat yang dibekam dengan tiga perca kain yang bersih yang dibasahkan.
.
Ulama' Mazhab Maliki berpendapat sama seperti ulama’ Mazhab Hanafi, iaitu mereka mengharuskan menghilangkan najis dengan menyapu bagi barang-barang yang terkena najis yang jika barang itu dibasuh ia akan merosakkannya seperti pedang, kasut dan khuf.
.
Sumber: Wahbah al-Zuhaili (1994) FIQH & Perundangan Islam - Jilid I. [Penterjemah: Syed Ahmad Syed Hussain et al.] Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.