Tuesday, March 3, 2009

Menyental

Menyental ialah menyapu bahagian yang terkena najis dengan tanah secara kuat sehingga kesan atau zat najis terhilang. Sama dengan al-dalk ialah al-Hat, iaitu mengutis dengan kayu atau tangan. Menyental dapat menghilangkan najis berjirim yang terkena kasut tidak kira sama ada najis itu kering ataupun basah. Maksud berjirim ialah sesuatu yang masih dapat dilihat sesudah keringnya seperti tahi, darah, mani, air kencing dan arak yang terkena tanah. Patut diambil perhatian bahawa najis berjirim adalah meliputi yang basah. Pendapat ini adalah dianggap sebagai pendapat yang sahih lagi terpilih dan difatwakan. Alasan dibenarkan najis yang terkena kasut itu disental sahaja ialah kerana perkara itu sering berlaku ('urnum al-balwd); dan terdapat Hadith Nabi Muhammad s.a.w.:
Terjemahan: Apabila salah seorang kamu datang ke masjid henddklah diterbalikkan kasutnya supaya ia dapat melihat apakah ada kekotoran, jika dia mendapati ada kekotoran hendaklah disapu (disental) dengan tanah kemudian dia boleh bersembahyang dengan kasut
.
Sekiranya najis itu bukan najis yang berjirim, maka wajib dibasuh dengan air sebanyak tiga kali, walaupun sesudah ia kering. Pada setiap basuhan itu hendaklah dibiarkan sehingga air titisan berhenti dan sehinggalah hilang basahan najis ***, tetapi tidak disyaratkan kering *** itu.
.
Kebanyakan ulama' mengatakan kasut menjadi suci dengan cara sental di tanah jika najis itu kering; ia tidak menjadi suci jika najis itu basah kerana 'Aisyah mengganyah mani kering daripada kain Rasulullah s.a.w., Jika mani itu basah beliau membasuh kain tersebut. Imam Syafi dan Muhammad bin al-Hasan mengatakan kasut yang terkena najis tidak akan suci jika disental dengan tanah tidak kira sama ada kering ataupun basah kerana najis meresap ke dalam kasut seperti juga ia meresap ke dalam pakaian dan badan. Ulama' Mazhab Hanbali mengatakan ia boleh disental jika najis itu sedikit tetapi jika banyak mesti dibasuh.
.
Sumber: Wahbah al-Zuhaili (1994) FIQH & Perundangan Islam - Jilid I. [Penterjemah: Syed Ahmad Syed Hussain et al.] Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.